Friday 25 May 2012

 Faktor-faktor Kejayaan

 Pencapaian Dr. Ikeda

 
Dr. Ikeda yang lahir dan membesar di Kyoto telah mempelajari ilmu kimia di Universiti Imperial Tokyo, belajar di luar negara di bawah Profesor Ostwald (Pemenang Hadiah Nobel tahun 1909) di Leipzig, Jerman dan kemudiannya menjadi profesor di Universiti Imperial Tokyo. Selain memberi sumbangan kepada bidang kimia fizikal di Jepun, Dr Ikeda mendapat galakan daripada doktrin Dr. Miyake iaitu ‘rasa yang baik menggalakkan penghadaman’ dan telah menjalankan kajian terhadap bahan umami yang terdapat di dalam Konbu. Beliau menemui glutamat sebagai komponen utama bagi rasa Umami dan seterusnya berjaya menghasilkan sejenis perencah berdasar glutamat yang mudah digunakan sama seperti gula dan garam. Dr. Ikeda telah dimotivasi untuk memperbaikkan pemakanan penduduk Jepun dan seterusnya menyumbang kepada tahap kesihatan negara.
Paten untuk ‘Kaedah pengeluaran perasa dengan glutamat sebagai komponen utama’ telah diterima pada tahun 1908, dan perencah ini telah dikomersialkan dan dipasarkan oleh Saburosuke Suzuki (pengasas Ajinomoto Co. Inc) pada tahun 1909.
Dr. Ikeda telah dipilih oleh Pejabat Paten Jepun sebagai salah seorang pencipta yang terkemuka hasil daripada penemuan ini dan pengkomersialan penemuan telah dianggap sebagai era baru kerjasama di antara pihak industri dan akademik di zaman Meiji.


No comments:

Post a Comment