Friday 25 May 2012

Falsafah dan Wawasan

 

Falsafah Kumpulan Ajinomoto

Kami membina kehidupan yang lebih baik di peringkat global dengan menyumbang kepada kemajuan Makanan dan Kesihatan serta bekerja untuk kehidupan.

Cara Kumpulan Ajinomoto

Mencipta Nilai Baru

Mencipta nilai dengan idea baru dan inovatif yang berterusan berasaskan sains dan teknologi yang unik.

(Mencipta nilai produk melalui teknologi, cadangan pemakanan yang baru)

Semangat Perintis

Sentiasa menyahut cabaran mencipta perniagaan dan pasaran baru.

(Menyesuaikan dengan budaya dan keadaan pasaran serantau dalam penciptaan pasaran baru)

Sumbangan Sosial

Memenuhi keperluan sosial secara tulus dan ikhlas dengan objektif memaksimumkan nilai kemasyarakatan melalui aktiviti perniagaan.

(Menyelesaikan isu-isu sosial) (Menambahbaikkan persekitaran global) (Keamanan dan keselamatan) (Produk yang boleh dipercayai) (Adil, saksama, telus dan ringkas)

Menghargai Sumber Manusia

Menghormati pekerja-pekerja Kumpulan Ajinomoto dan menjadi sebuah organisasi di mana warga kerja boleh meningkat maju dan menzahirkan keupayaan mereka dengan sepenuhnya.

(Menyediakan tempat kerja di mana warganya boleh berkembang) (Pembangunan kerjaya, sokongan dan tindakan susulan) (Penilaian prestasi secara adil) (Kerja berpasukan)


Wawasan Kumpulan Ajinomoto

Matlamat kami ialah untuk menjadi “kumpulan syarikat yang memberi sumbangan kepada kesihatan manusia di peringkat global” melalui penciptaan nilai yang unik secara berterusan untuk faedah para pelanggan.
1. Menjadi kumpulan syarikat makanan global yang No.1 dalam perniagaan
    perencah makanan.
2. Menjadi kumpulan syarikat sains amino global yang No.1 dengan memberi
    sumbangan kepada insan melalui teknologi asid amino
3. Menjadi kumpulan syarikat yang menggalakkan kesejahteraan melalui
    pendekatan sains untuk rasa yang lazat serta kesihatan.

No comments:

Post a Comment